BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 30, 2009

TIDAK SEMUDAH YANG KUSANGKA

Bukan sehari dua masa ku laburkan mencari ilham yang diimpikan.
mungkinkah terlalu mencari kelainan hinggakan aku tidak terjumpa arahnya...
sesuatu ilham yang luar biasa (ku masih ingat bicaranya karya eksprimental suatu yang bukan biasa dari kebiasaan ).

Tokoh sudah pun dikhabarkan, malah perwatakannya sekali turut digambarkan.
tetapi aku masih tercari-cari sesuatu yang menjadi pengikat sebuah karya ku kelak.

kadang kala, aku terpikir...
mengaitkannya dengan seorang pembunuh upahan
tapi bukan kerana kesetiaan kepada Sultan.
Seorang pembunuh upahan yang anti keganasan...
fobia melihat penderaan, simpati dengan yang tidak terdaya, bertekad menuntut bela...

Bukan semudah yang ku sangka...
benarlah ilham sangat berharga kerna bukan mudah menciptanya
aku keliru...

kadang kala,
aku ingin melahirkan watak Tuah yang hebat di belantara.
tidak gentar di tengah hutan, sebaliknya cinta akan kehijauan
mungkin kerna disitu Tuah bertemu cinta halusnya.

berfikir.... atau aku berkhayal?
ilham melhirkan sebuah watak BERMODELKAN Hang Tuah
tidak semudah yang disangka.

Aku mohon petunjuk kalian,

Wednesday, September 2, 2009