BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 6, 2010

apa yang patut?

sesi perkuliahan sudah tiga minggu bermula tapi tidak bagi aku yang baru menghadirkan diri pada minggu ketiga.
akibatnya, nah!! aku sedikit tertinggal oleh teman-teman yang lain dan keadaan itu menyukarkan aku mengenal karenah setiap pensyarah dan kursus yang kupelajari.
aku sematkan semua itu sebagai cabaran kecil kerna ada cabaran yang lebih besar baru aku ketahui hari ini. "sungguh, mampukah aku?"
istilah itu seratus kali menjengah ruang serebrumku...

"LATEHAN ILMIEYAH" sungguh pelik gelaran yang dihidangkan ke cuping telingaku namun hanya disambut dengan senyum nan sipu. sedangkan dalam hati "ow aku tiada masa melayan lawak ini. tajuk aku belum fikirkan dan agak sukar untuk aku fikirkan kala ini" laungan itu tiada siapa yang mendengarnya.

petang yang merunsingkan...
aku sedaya upaya menghulurkan bantuan untuk membeli tiket penerbangan secara dalam talian. malangnya, proses itu tidak dapat berlangsung mudah seperti biasa. kad kreadit yang digunakan mendapat maklum balas punya masalah yang aku tak pasti mana cendongnya.
kisah pembelian ini belum berakhir, ku tinggalkan sejenak sementara menunggu rakan sebilik dan meminjam khidmat kad kreaditnya.

jam menunjukkan jam enam petang. terlalu lewat untukku melayan ngantuk ini.
peluang yang ada ku gunakan mencari tajuk bagi latihan ilmiah yang bakal ku selidiki.
syukurlah ada satu dua tajuk menjengah minda yang letih ini. lalu segera ku catatkan agar ia tidak dibawa angin petang begitu sahaja. sedikit penjelasan dan huraian untuk mencapai maksud tajuk juga turut kulampirkan moga ia membawa hasil yang semua inginkan. AKU, KEMAMPUAN, PEMERIKSA DAN MASYARAKAT SEDUNIA.

Friday, January 1, 2010

BERMULANYA TIRAI 2010...agaknya apa cerita tahun ini?



syukurlah...
2010 bermula dengan tenang dan gembirahari yang pertama tahun ini girang ditemani teman2 dan wajah yang tersayang,
menggunung harapanku agar episod suka ini tidak surut dan kelam
ucapanku buat semua selamat melayari tirai 2010
sama2la membuka buku dan lembaran baru moga ia dihiasi cerita gembira dan kejayaan tentang kita, rohani yang murni dan dunia yang rapi.(Amin)

Sunday, November 8, 2009

sayang-sayangku

Saturday, November 7, 2009

21 TAHUN DALAM SEJARAH!


kek ini bukan sekadar mengingati detik 7 november, malah detik pertemuan dua hati



U-yen yang ketiga datang tika hujan gempita

............................................................

SYUKUR,
masih mampu meneruskan hidup walau terlalu banyak diseliputi hitam dan putih kehidupan.
melangkah gah sekali lagi menongkah arus hidup nan deras. moga aku mampu.
terima kasih kepada yang masih mengingati sejarah ini khas buat adeq, ninie, kak izzah, cya, yati, molly,asti, linda dan koba.... ct sayang kamu!

Yang menariknya, hari ini ada keriangan bertandang kerna hari kedewasaan ini turut dirai insan tersayang. walau ada sedikit mendung berarak namun akhirnya muncul kecerahan bakti sang mentari. terima kasih ct titipkan buatmu!

MOGA DOA YANG KALIAN POHONKAN UNTUK CT MENJADI NYATA
"itu doa kita bersama"



Thursday, November 5, 2009

mungkin mudah tapi aku yang tak tahu!

aduhai sastera hikayat!
moga hubungan kita beroleh kebaikan.

Monday, November 2, 2009

PENULISAN KREATIF


4 NOVEMBER bakal mencatat sejarah baru...
ujian peperiksaan kursus SKMM2083 akan menemui para pelajar yang mengambil kursus ini.
semoga berjaya mengaplikasikan ilmu pertapahan selama 14 minggu di medan pertempuran DECTAR UKM. Juga mungkin dan semestinya turut diaplikasi hingga akhir hayat...
Teringat kata-kata seorang tokoh politik, "bukan sekadar menjadi pelajar sastera, tetapi pejuang sastera".
nah!! selamat berjuang untuk kita semua (mahasiswa/i yang mengikuti kursus SKMM2083), SEMOGA BERJAYA DI PERTEMPURAN MATA PENA!