BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 6, 2010

apa yang patut?

sesi perkuliahan sudah tiga minggu bermula tapi tidak bagi aku yang baru menghadirkan diri pada minggu ketiga.
akibatnya, nah!! aku sedikit tertinggal oleh teman-teman yang lain dan keadaan itu menyukarkan aku mengenal karenah setiap pensyarah dan kursus yang kupelajari.
aku sematkan semua itu sebagai cabaran kecil kerna ada cabaran yang lebih besar baru aku ketahui hari ini. "sungguh, mampukah aku?"
istilah itu seratus kali menjengah ruang serebrumku...

"LATEHAN ILMIEYAH" sungguh pelik gelaran yang dihidangkan ke cuping telingaku namun hanya disambut dengan senyum nan sipu. sedangkan dalam hati "ow aku tiada masa melayan lawak ini. tajuk aku belum fikirkan dan agak sukar untuk aku fikirkan kala ini" laungan itu tiada siapa yang mendengarnya.

petang yang merunsingkan...
aku sedaya upaya menghulurkan bantuan untuk membeli tiket penerbangan secara dalam talian. malangnya, proses itu tidak dapat berlangsung mudah seperti biasa. kad kreadit yang digunakan mendapat maklum balas punya masalah yang aku tak pasti mana cendongnya.
kisah pembelian ini belum berakhir, ku tinggalkan sejenak sementara menunggu rakan sebilik dan meminjam khidmat kad kreaditnya.

jam menunjukkan jam enam petang. terlalu lewat untukku melayan ngantuk ini.
peluang yang ada ku gunakan mencari tajuk bagi latihan ilmiah yang bakal ku selidiki.
syukurlah ada satu dua tajuk menjengah minda yang letih ini. lalu segera ku catatkan agar ia tidak dibawa angin petang begitu sahaja. sedikit penjelasan dan huraian untuk mencapai maksud tajuk juga turut kulampirkan moga ia membawa hasil yang semua inginkan. AKU, KEMAMPUAN, PEMERIKSA DAN MASYARAKAT SEDUNIA.

No comments:

Post a Comment