BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 3, 2009

Sayangilah,


Tidak semua anak merasa sejuknya kasih ibu,
Tidak semua anak merasa enaknya masakan mama,
Tidak semua anak dibelai manja si umi,

Bila ada yang bercerita tentang perkongsian antara anak dan ibu
sesungguhnya aku tidak merasai itu...
bertuahlah kalian, merasa cinta yang luhur.

Masa beranjak tanpa menghiraukan aku sendiri pagi ini,
membuat aku semakin terkenang peristiwa ramadhan yang perit

kepulangan ke kampung cuma menjanjikan kebahagian sementara...
peristiwa itu berulang lagi, peritnya cuma tubuhku yang merasai...
ku tahu puasaku makhru dek air mata dan kesumat hati.
dendam lama meninjau kembali
yang dulu pernah padam, membara semula
menguatkan tekad ku mencari si pembunuh untuk melunaskan deritaku hari ini, semalam dan mungkin akan datang.

Aku kah yang kejam itu?

kenapa tidak?
bukan kah seorang sultan juga bertindak mencari si pembunuh upahan
demi menghapuskan sebuah ketakutan?
tatkala itu,
Hang Tuah yang terpilih kerana meletakkan setianya di paras yang tertinggi.


Kini, aku impikan Tuah yang sama.
muncullah sebagi pembunuh upahanku
mungkin bukan di alam nyata
tapi berkhidmat untukku dalam lakaran pena,
walau tidak mati dihunus keris setia...
harapanku dia insaf dan berubah,
cuma untuk menyayangi dan disayangi!

No comments:

Post a Comment